Tuesday, May 26, 2020

'Budaya Arab vs Budaya Melayu' ~ Dr MAZA

Link disini

'Ada pihak mengkritik melayu yang meniru budaya Arab termasuk menggunakan istilah-istilah seperti iftar, 'idil fitr dan lain-lain. Ya, kita pun akui bahawa Islam pun tidak memerintahkan kita mengamalkan budaya atas dasar kearaban Arab. Islam itu bukan agama perkauman Arab.Namun perlu disedari bahawa sebahagian perkataan arab itu telah menjadi istilah yang dipakai dalam keilmuan Islam termasuk iftar, haji, masjid, sujud, rukuk dan seumpamanya. Tiada salahnya kita menggunakan istilah-istilah ini seperti mana banyak istilah Inggeris kita guna dalam bidang yang lain. Bahkan banyak istilah Arab itu lebih mendekati maksud syarak dalam kerangka istilah ilmu.
Lebih daripada itu, al-Quran berbahasa Arab yang tidak boleh ditukar ganti dengan bahasa lain. Apa yang boleh, sekadar terjemahan maksud ayat-ayat al-Quran bagi yang gagal memahami teks Arabnya yang asal. Namun bacaan al-Quran kekal dalam bahasa Arab. Al-Quran bahasa Arab dan Nabi kita Muhammad s.a.w juga berbahasa Arab.
Islam tidak memaksa kita memakai jubah ataupun mensyaratkan muslim mesti memakai jubah. Tapi, tiada salah ataupun ganjil seseorang melayu memakai jubah. Apatah lagi di peringkat dunia, jubah telah sekian lama menjelma sebagai pakaian sarjana. Itu sebabnya, hasil dari tamadun ilmu yang umat Islam kembangkan di zaman kegemilangannya, sehingga hari ini, jubah telah menjadi pakaian graduan di seluruh dunia pada hari mereka menerima ijazah.
Tidak mengapa untuk kita menyatakan tidak setuju ikut budaya Arab sebab kita Melayu. Namun, yang ganjilnya, jika kita tidak pernah pula mengkritik budaya Barat sehingga ia menjadi ikutan bukan sahaja dalam pakaian bahkan tingkah laku kita dalam semua perkara, baik dan buruk.
Ada orang Melayu yang sudah tiada melayu lagi sekalipun pada upacara 'kemelayuan'. Hari diangkat menjadi 'ketua melayu' pun tiada pakaian melayu dan cara melayu. Budaya dan pakaian begitu Barat sekali. Tidak pula kita nilai dengan kritis.
Tiada salahnya untuk kita kritik budaya yang tidak sesuai dengan identiti baik kita, tapi dengan sikap adil untuk setiap budaya bukan dengan mentaliti yang double-standard.
Islam tidak menyuruh melayu menjadi Arab. Tidak pula supaya melayu menjadi Barat. Apa yang disuruh adalah seperti Surah al-Hujurat iaitu 'kenal-mengenal antara satu sama lain'. Sudah pasti antara tujuannya untuk mengambil manfaat dari budaya yang baik dan menghindari budaya yang tidak baik. Isunya bukan Arab ataupun Barat, tapi menilai antara yang positif dan negatif."'

Sessi Soal Jawab - 'Arabization'


Link - disini

'Pada sesi soal jawab forum Pengawas Almari Orang Melayu bertajuk "Arabisation" yang antara ahli panelnya terdiri dari seorang anak Tok Arab celup, seorang anak Cina berpangkal nama Mat Salleh dan seorang anak perempuan Mamak Kerala, satu soalan telah dikemukakan oleh seorang anak Melayu. Di atas kepala Anak Melayu itu satu topi baseball dipakai terbalik yang hadapan ke belakang, berbaju kemeja T dipadankan seluar jeans sendat dan kasut kulit bermuncung tajam ala koboi. Berkata anak Melayu itu dengan sedikit pelat California Timur,
"First of all, my name is Joe and I'm from Subang Jaya." Dia memperkenalkan dirinya seperti yang diminta.
"I memang setuju with you Datin Paduka. I think those Arab wannabes are losers seriously. I paling menyampah bila dengar diorang bercakap konon konon nak bunyi Arab, you know. "Ana", "enta", tak boleh ke cakap macam biasa je. "Iftar" konon. What's wrong with "Bukak Puase"? Kenapa nak campur campur bahasa Arab? Please lah".
Dia berhenti seketika apabila hadirin bertepuk gemuruh menyambut kata katanya itu.
"Yang lelaki sibuk nak berjubah, yang perempuan pulak dah jadi ninja. I mean c'mon la weh. Those jubah, purdah, are not our culture kot. You tengok Chinese mana ada sibuk nak ikut budaya orang lain, tengok pakaian diorang. Kenapa ada Melayu Melayu ni yang perasan nak jadi Arab? Ada you jumpa Chinese pakai nama Arab? Mana ada. Diorang semua bangga pakai nama sendiri. Tak ada pun terhegeh hegeh nak ikut orang. Tengok diorang punya wedding, pengantin diorang pakai je pakaian tradisional diorang."
Sekali lagi dewan gamat dengan tepukan dari para hadirin.
"Ok la my question to you Datin Paduka, why these people are so judgemental? Kenapa diorang suka judge orang? Especially judging us from the way we dress? Kita tak pernah pun nak judge diorang base on pakaian diorang. We are just stating the facts. The fact is, Melayu yang pakai jubah ni memang judgemental. Perasan bagus, berlagak alim. Insecure. Teringin nak jadi Arab. What's your take on this Datin Paduka?"
Sekian."'

Monday, March 11, 2019

'Malaysia seperti Afghanistan'

Credit to Mak Khuin Weng

'Mak Khuin Weng
3 hrs ·

There's been a lot of accusations against PAS of late. PAS dituduh akan menjadikan Malaysia seperti Afghanistan.

Adakah itu fitnah?

Let's see ah. PAS as a political party:

1. is registered under our laws.
2. run two state governments in accordance with our laws.
3. participate in our elections and abide by the decision of voters (kalah tu, kalah lah).
4. take legal action against opponents.
5. allows others to take legal action against them.
6. makes state laws for hudud that they want but do not implement them because that goes against a Federal law.

You tell me la, what exactly has PAS actually done that is against what our laws allow?

Mereka tak suka apa yang Islam tak membenarkan saja - mereka berhak menyuarakan apa yang mereka tak suka di bawah undang-undang kita, kan?

Ada perempuan LGBT nak hak tunjuk tetek tapi dia tak tunjuk pun. Dia menyuarakan kehendak dia saja. PAS' response is to issue a statement of disagreement. PAS tak pergi belasah orang pun.

DAP boleh cakap gabungan Umno / PAS tidak dipersetujui oleh non-Muslims. Cakap aje. What can the non-Muslims do if Umno / PAS wants to get married? You ingat orang non-Muslim boleh fail saman untuk tidak membenarkan benda ni berlaku ke?

PAS ada pemimpin yang mengatakan non-Muslim / kafir tak dibenarkan menjadi pemimpin di negara Islam. So? DAP juga ada pemimpin yang mengatakan pemimpin PAS tidak boleh dibenarkan menguasai negara sekiranya rakyat tak nak Malaysia jadi Afghanistan.

Yang buat bising ni buat bising aje. Sebab politik. At one time, DAP also said you have nothing to fear of PAS, that as long as you are not a thief, PAS won't chop off your hands. Haha.

I'm non-Muslim. I've got LGBT friends. I don't care for many things that PAS stands for. But until PAS actually does something that our laws don't allow, I've got no issues with them saying what they want for Malaysia. It's no different from how every other political party says what they want for Malaysia.

Like toll free highways. Cakap saja. Akhirnya tak tunaikan janji pun. Apa kita semua boleh buat? Tunggu sajalah PRU.

Peace.

Bonus edit: My thoughts on PAS - https://www.facebook.com/…/a.473327172687…/2135761063111246/ '

No photo description available.

'My name is Shamsher Singh Thind, I am a non-Musim and l support PAS!'

Saturday, March 2, 2019

02032019 - PRK Semenyih : And the winner....

Credit to Malaysiakini


Credit to Abdul Rahim Hilmi Zakaria

'Abdul Rahim Hilmi Zakariya
13 mins
APA YANG KITA BOLEH BELAJAR DARIPADA PRK SEMENYIH
1. BN berjaya merampas semula DUN Semenyih pada PRK kali ini. BN memperoleh 19780 undi sementara undi PH memperoleh 17866 undi. Majoriti 1914. Pada PRU14, PH memenangi kerusi ini dengan majoriti 8,964 undi.
2. Peratusan keluar mengundi kali ini adalah 73.3%. Kebanyakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) majoriti Melayu mencatatkan peratusan keluar mengundi melebihi 80%. Ia menunjukkan kesan kebangkitan jelas semangat Bumiputera Islam ke atas polisi kerajaan sedia ada.
3. BN memenangi semula 5 PDM daripada PH kali ini. Kebanyakan PDM yang berjaya dirampas termasuk Bukit Mahkota, Beranang dan Kantan Permai dibantu dengan peralihan solid pengundi asal PAS yang memangkah BN kali ini.
4. Undi Cina terutama di Pekan Semenyih menunjukkan peralihan kecil kepada BN. Kebanyakan PDM majoriti Cina memperoleh peratusan keluar mengundi sekitar 60%; menunjukkan berlakunya sikap memboikot kaum ini ke atas Pakatan Harapan atau PPBM.
5. Terdapat kira kira 5000 penduduk Semenyih yang berusia di bawah 40 tahun tetapi tidak berdaftar sebagai pengundi. Kebanyakannya berbangsa Melayu dan India. BN dan PAS perlu bekerja keras bagi memastikan kelompok ini menjadi pengundi sah dan memudahkan kebangkitan golongan senyap.
6. Strategi PAS untuk tidak 'memaksa' penyokong mereka keluar mengundi berhasil dengan dibantu serangan DS Anwar Ibrahim dalam isu RM90 juta. Isu ini dimainkan secara keterlaluan sehingga mewujudkan rasa meluat penyokong PAS dan menyebabkan kelompok ini akhirnya keluar mengundi BN secara sukarela. Impak kejadian ini memberikan cahaya cerah kepada survival hubungan UMNO-PAS
7. PAS dan Umno tidak boleh terlalu terganggu dengan isu remeh yang dimainkan oleh politikus kerajaan sebaliknya fokus kepada isu yang mendapat perhatian rakyat. Contohnya isu gaji minimum, sara hidup dan survival Islam Bumiputera di dalam negara (seperti TH).
8. Data analitikal kami hampir tepat. BN akan menang dengan majoriti +-2500 undi jika peratusan keluar mengundi adalah 75% [1]. Dan akhirnya BN menang 1914 majoriti dengan peratusan keluar 73.3%.
9. Rantau lebih mudah apabila HIJ-RAH terus gagah.
-----
Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Command Centre BN Semenyih
Rujukan:
[1] https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2346540162062660&id=100001200986490

02032019 - PRK Semenyih today - Cerita RM 1.4 Juta

Credit ke tuan badan


'Komen netizen..aku copy paste je..baca la sendiri..hehe

1. Memula Citer dia mcm ni. TGHH gi jmpe Mahathir. Bincang royalti. Sambil2 tu tnye la kalau Ade undi x percaya kpd PM, PAS nk sokong sape? So PAS rela pilih Mahathir drpd angkatan satu lagi tu.

2. Mahathir anggap PAS bg sokongan penuh. So bgtau media PAS xkan kempen utk BN di Semenyih.

3. PAS nafikan dakwaan oleh PM itu dan menjelaskan pendirian hanya sokong Mahathir JIKA BERLAKU UNDI TIDAK PERCAYA.

4. Anwar dakwa undi tidak percaya itu hanya khabar angin drpd PAS.

5. Anak TGHH...M. Khalil Abdul Hadi kata, x sebut pun nama dia, nape dia yg hangin, kalo ade undi x percaya pun bkn PAS yg untung. Yg untung Anwar.

6. Baru2 ni ketika kempen di Semenyih. Anwar dakwa PAS bayar Clare Rewcastle-Brown RM1.4 juta ringgit.
Kononnya duit tu adalah out of court settlement kes saman Fitnah Sarawak Report.

7. So logik nya, bila dah byr settlement. Kononnya, PAS dah pre trial kalah kes dan berita bhw PAS terima RM90 juta tu adalah stands as a truth la.

8. SPRM da beri statement bhw xde bukti ade duit masuk dlm akaun PAS. Dan ahli2 PAS pun dah declare akan bg kerjasama penuh termasuk details akaun masing2.

9. Tetiba kan, viral gambar check yg kononnya dibayar kpd Claire. Peguam Claire kata, check tu solid, skrg tunggu clearing bank utk transfer akaun Clare di London. Peguam Clare turut persoalkan pemimpin PAS yg dakwa cek itu palsu sbb dia da check dgn bank, the money is on its way to London.

10. So kalau PAS nafi bayar, dan Peguam Clare sahkan duit dah nak masuk. Duit tu datang dari mana?

11. Alang2 cek da viral, ade la ramai org try transfer duit ke no. akaun pembayar cek tu. X dpt. Ramai ingat cek tu mmg palsu. So dtg la sorg akauntan muda menjelaskan bhw no. akaun tu pjg lagi.

12. Punye la gigih dia cari, sampai jumpa la nama pemilik akaun yg membayar RM1.4 juta ringgit kpd Clare. Akauntan muda itu menamakan pemilik akaun tersebut belongs to Rameli Musa.

13. Adakah "Rameli Musa" yg dikatakan membayar wang kpd Clare ini adalah orang sama yg dilantik CEO KTMB awal bulan lalu? Kena tnya Tuan Punya Badan.

14. As for now, tiada bukti lagi mana2 pemimpin PAS terima duit drpd UMNO, belum ada sebarang pendakwaan.

15. Smlm byk news laporkan SPRM beku akaun dan aset pemimpin PAS. SU PAS walaubagaimanapun, nafikan berita ini.

16. This thing couldn't get any simpler. Kes RM90 juta yg ditulis oleh SR report, adalah bersumberkan info drpd Ambiga. Tnye la dia tu. Duit yg Clare dpt tu drpd akaun "Rameli Musa", gi la tanye owner account tu.'

Friday, May 18, 2018

falling from grace

This was 17th May 2018..

Friday, April 13, 2018

PRU 14 - Jika Sebahgian Ustaz PAS Adalah Pejuang Bid'ah, Ust Nasaie Hanaffie

Kredit kepada Ustaz Nasaie Hanaffie
Jika sebahagian ustaz PAS adalah pejuang bid'ah, ustaz goreng tanpa sumber rujukan dalam ceramah=maka dijadikan sebab untuk tolak ustaz tersebut dan partinya dalam PRU akan datang...
Maka, saya memohon para ustaz sunnah yang benar manhajnya, yang bukan ahli bid'ad, yang sahih rujukannya, agar masuk bertanding bagi PH atau BN.
Kalau sebab kekurangan ustaz PAS tersebut untuk tidak memangkah mereka dan parti mereka dalam PRU, masih ramai lagi masyarakat yang tidak akan memangkah PH atas dasar agama!
Cara yang terbaik ialah: Berkempenlah guna manifesto masing-masing. Buat yang terbaik mengikut apa yang anda ijtihadkan.
Kalau Ustaz Fawaz Mat Jan mengarut pada anda, Mahathir berjuta kali mengarut dalam bab agama ini. Anti Hadis, menafikan hudud yang qath'ie, musuh para ulamak semasa dia berkuasa, and the list goes on.
# saya bukan pro bid'ah dan 'mengarut' dalam agama.
# ustaz PAS perlu fikir panjang isu 'kelemahan' agamawan mereka dari sudut kekuatan ilmu dalam pengajian Islam.
Masyarakat hari ini masyarakat yang berfikir, mengkaji dan belajar.

PRU 14 - Dilema Pengundi Muslim, Ust Emran Ahmad

Kredit pada Ustaz Emran Ahmad

Dilema pengundi Muslim

Berikut ialah beberapa dilema yang dikongsikan oleh beberapa rakan kepada saya untuk sama-sama kita bermuhasabah atau semak adakah ianya benar?
1. Ada beberapa rakan dilema hendak memilih parti Islam kerana wujud calon yang diletakkan oleh parti tersebut adalah di kalangan golongan agama yang terkenal anti kepada dakwah sunnah dan pro bid'ah serta penyebar hadith palsu.
Di Perlis misalnya, terdapat kepercayaan bahawa jika parti jenama Islam memerintah maka muftinya akan ditukar, dakwah sunnah akan disekat dan bid'ah, majlis haul, ya hanana akan dibawa masuk secara berleluasa tanpa ada sesiapa lagi menghalang.
Walaubagaimana pun ramai rakan saya yang kuat beragama memilih parti ini atas alasan komitmen dan dasar parti ini secara keseluruhan yang mahukan Islam tertegak dan kewujudan kelompok agamawan yang ramai di dalamnya. Cuma mereka terkilan dengan sikap fanatik dan keras sebahagian ahlinya terhadap orang yang berbeza aliran dengan mereka dan bimbang akibat yang akan berlaku jika kuasa di tangan mereka.
2. Sementara itu pula, ada sahabat saya juga menzahirkan kekhuatiran bahawa jika menyokong parti yang menyertai gabungan pakatan pelbagai aliran yang ada dan mereka menang maka liberal serta golongan anti Islam seperti Sister in Islam, G 25, Lgbt, syiah dan pelbagai lagi kumpulan anti-Islamik ini akan semakin berani.
Ini kerana parti gabungan atau pakatan ini tidak dilihat begitu bersungguh memperjuangkan dasar Islam atau membela Islam. Pesta Arak Oktoberfest pun tidak ramai yang membangkang, kemudian parti bukan Islam yang dimonopoli oleh kaum Cina itu kerap kali mengeluarkan sentimen anti Islam seperti isu Dr. ZAKIR NAIK, isu arak, konsert, isu aurat dan sebagainya yang menjadi keperihatinan seorang muslim.
Pun begitu ramai rakan saya condong kepada parti gabungan ini kerana kerjasama mereka lebih realistik jika mahu mengubah negara dan keadaan rakyat dianggap paling bermanfaat jika mereka dapat memenangi pilihanraya.
Manfaat lainnya dilihat bahawa dakwah sunnah serta Islam yang progresif akan lebih subur, bid'ah, lebai penunggang agama akan lebih senang dicantas jika pakatan ini memenangi pilihanraya.
Pun begitu ada harganya yang perlu dibayar.
3. Sungguh pun menghadapi masalah ekonomi dan rakyat semakin tertekan namun zaman Najib dan Pak Lah dilihat lebih membantu dakwah berjalan dalam negara tanpa halangan berbanding zaman Mahathir.
Najib dilihat tidak peduli perkembangan dakwah asalkan boleh memerintah, beliau juga boleh dianggap agak menghormati agamawan berbeza dengan Mahathir yang suka memberi komen tentang isu agama dan tunjuk pandai serta kurang menghormati agamawan kecuali sebilangan kecil.
Kasim Ahmad mendapat sokongan Mahathir walaupun dibantah oleh ramai agamawan.
Najib pula meraikan Dr. ZAKIR NAIK dan ramai ulama' luar bebas datang ke Malaysia yang jika kita di zaman Mahathir kemungkinan visa mereka pasti dihalang.
Namun, kata sahabat saya harga mengundi Najib dan BN adalah sangat mahal iaitu harganya ialah penderitaan rakyat yang berpanjangan. Cukai semakin naik, harga barang mahal, subsidi dikurangkan, hospital dan pendidikan dipotong budget atau bantuan sehingga banyak pemeriksaan kesihatan(scan, x-ray, ultra sound) untuk rakyat awam terpaksa mengikut tapisan yang lebih ketat, ubat perlu dibeli di luar dan sebagainya.
Mengundi BN akan menjadikan kita bertanggungjawab ke atas semua akibat ini.
4. Ramai rakan dan sahabat saya ragu, keliru dan pening hendak memilih kerana mereka bukanlah orang yang taasub atau fanatik kepada sesuatu kumpulan dan parti sebaliknya mahu menilai secara keseluruhan dan ingin membuat keputusan yang terbaik.
5. Buat masa ini selagi belum keluar senarai penuh calon dan belum meneliti kesan dan akibat daripada keputusan kita mengundi atau memilih pemimpin maka saya mensarankan mereka untuk terus bermuhasabah, mengkaji dan mencari data atau maklumat-maklumat baru yang boleh membantu mereka membuat keputusan besar yang akan mempengaruhi masa depan dan hala tuju negara.
Di samping melakukan istikharah memohon petunjuk Allah.
Agar kita tidak menjadi seperti yang disebut oleh Allah dalam al-Quran;
وَقَالُوا رَبَّنَا إِنَّا أَطَعْنَا سَادَتَنَا وَكُبَرَاءَنَا فَأَضَلُّونَا السَّبِيلَا
"Dan mereka berkata: "Ya Tuhan kami, sesungguhnya kami telah mentaati pemimpin-pemimpin dan pembesar-pembesar kami, lalu mereka menyesatkan kami dari jalan (yang benar)." (Al-Ahzab: 67)
# Adapun saya dan keluarga, kami insyaAllah akan menyokong apa yang paling bermanfaat untuk Islam walaupun kami terpaksa sengsara kerana dunia hanya sementara!

Thursday, December 21, 2017

Monday, December 18, 2017

'If i were to marry....' , and old poem from yesteryear :D

'I was a little girl if I were to marry
I would marry a jockey
He would ride I would ride
We would together
Waking in the middle of the night riding one another'