Tuesday, May 26, 2020

'Budaya Arab vs Budaya Melayu' ~ Dr MAZA

Link disini

'Ada pihak mengkritik melayu yang meniru budaya Arab termasuk menggunakan istilah-istilah seperti iftar, 'idil fitr dan lain-lain. Ya, kita pun akui bahawa Islam pun tidak memerintahkan kita mengamalkan budaya atas dasar kearaban Arab. Islam itu bukan agama perkauman Arab.Namun perlu disedari bahawa sebahagian perkataan arab itu telah menjadi istilah yang dipakai dalam keilmuan Islam termasuk iftar, haji, masjid, sujud, rukuk dan seumpamanya. Tiada salahnya kita menggunakan istilah-istilah ini seperti mana banyak istilah Inggeris kita guna dalam bidang yang lain. Bahkan banyak istilah Arab itu lebih mendekati maksud syarak dalam kerangka istilah ilmu.
Lebih daripada itu, al-Quran berbahasa Arab yang tidak boleh ditukar ganti dengan bahasa lain. Apa yang boleh, sekadar terjemahan maksud ayat-ayat al-Quran bagi yang gagal memahami teks Arabnya yang asal. Namun bacaan al-Quran kekal dalam bahasa Arab. Al-Quran bahasa Arab dan Nabi kita Muhammad s.a.w juga berbahasa Arab.
Islam tidak memaksa kita memakai jubah ataupun mensyaratkan muslim mesti memakai jubah. Tapi, tiada salah ataupun ganjil seseorang melayu memakai jubah. Apatah lagi di peringkat dunia, jubah telah sekian lama menjelma sebagai pakaian sarjana. Itu sebabnya, hasil dari tamadun ilmu yang umat Islam kembangkan di zaman kegemilangannya, sehingga hari ini, jubah telah menjadi pakaian graduan di seluruh dunia pada hari mereka menerima ijazah.
Tidak mengapa untuk kita menyatakan tidak setuju ikut budaya Arab sebab kita Melayu. Namun, yang ganjilnya, jika kita tidak pernah pula mengkritik budaya Barat sehingga ia menjadi ikutan bukan sahaja dalam pakaian bahkan tingkah laku kita dalam semua perkara, baik dan buruk.
Ada orang Melayu yang sudah tiada melayu lagi sekalipun pada upacara 'kemelayuan'. Hari diangkat menjadi 'ketua melayu' pun tiada pakaian melayu dan cara melayu. Budaya dan pakaian begitu Barat sekali. Tidak pula kita nilai dengan kritis.
Tiada salahnya untuk kita kritik budaya yang tidak sesuai dengan identiti baik kita, tapi dengan sikap adil untuk setiap budaya bukan dengan mentaliti yang double-standard.
Islam tidak menyuruh melayu menjadi Arab. Tidak pula supaya melayu menjadi Barat. Apa yang disuruh adalah seperti Surah al-Hujurat iaitu 'kenal-mengenal antara satu sama lain'. Sudah pasti antara tujuannya untuk mengambil manfaat dari budaya yang baik dan menghindari budaya yang tidak baik. Isunya bukan Arab ataupun Barat, tapi menilai antara yang positif dan negatif."'

Sessi Soal Jawab - 'Arabization'


Link - disini

'Pada sesi soal jawab forum Pengawas Almari Orang Melayu bertajuk "Arabisation" yang antara ahli panelnya terdiri dari seorang anak Tok Arab celup, seorang anak Cina berpangkal nama Mat Salleh dan seorang anak perempuan Mamak Kerala, satu soalan telah dikemukakan oleh seorang anak Melayu. Di atas kepala Anak Melayu itu satu topi baseball dipakai terbalik yang hadapan ke belakang, berbaju kemeja T dipadankan seluar jeans sendat dan kasut kulit bermuncung tajam ala koboi. Berkata anak Melayu itu dengan sedikit pelat California Timur,
"First of all, my name is Joe and I'm from Subang Jaya." Dia memperkenalkan dirinya seperti yang diminta.
"I memang setuju with you Datin Paduka. I think those Arab wannabes are losers seriously. I paling menyampah bila dengar diorang bercakap konon konon nak bunyi Arab, you know. "Ana", "enta", tak boleh ke cakap macam biasa je. "Iftar" konon. What's wrong with "Bukak Puase"? Kenapa nak campur campur bahasa Arab? Please lah".
Dia berhenti seketika apabila hadirin bertepuk gemuruh menyambut kata katanya itu.
"Yang lelaki sibuk nak berjubah, yang perempuan pulak dah jadi ninja. I mean c'mon la weh. Those jubah, purdah, are not our culture kot. You tengok Chinese mana ada sibuk nak ikut budaya orang lain, tengok pakaian diorang. Kenapa ada Melayu Melayu ni yang perasan nak jadi Arab? Ada you jumpa Chinese pakai nama Arab? Mana ada. Diorang semua bangga pakai nama sendiri. Tak ada pun terhegeh hegeh nak ikut orang. Tengok diorang punya wedding, pengantin diorang pakai je pakaian tradisional diorang."
Sekali lagi dewan gamat dengan tepukan dari para hadirin.
"Ok la my question to you Datin Paduka, why these people are so judgemental? Kenapa diorang suka judge orang? Especially judging us from the way we dress? Kita tak pernah pun nak judge diorang base on pakaian diorang. We are just stating the facts. The fact is, Melayu yang pakai jubah ni memang judgemental. Perasan bagus, berlagak alim. Insecure. Teringin nak jadi Arab. What's your take on this Datin Paduka?"
Sekian."'