Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts
Showing posts with label Nik Aziz. Show all posts

Thursday, February 3, 2011

:D , Melayu mudah luper..

Jawapan saya untuk Tun Mahathir — Nik Abdul Aziz Nik Mat
February 03, 2011

3 FEB — Saya gembira apabila Tun Dr Mahathir memberikan ulasan berkenaan pandangan saya tentang nasionalisme. Bagi saya, ini membuktikan kesediaan beliau untuk mendengar pandangan dan berhujah. Ia baik untuk percambahan minda masyarakat agar masyarakat segar dengan hujah dan tidak bergantung kepada seringgit dua habuan menjelang pilihanraya semata-mata.

Jawapan saya ini bukan hanya untuk Tun Dr Mahathir sahaja, tetapi juga merupakan jawapan yang saya cadangkan untuk dijawab pada hari di mana saya, Tun Mahathir dan manusia keseluruhannya berdiri di hadapan Allah SWT satu masa nanti. Ini kerana saya beriman dengan hakikat bahawa setiap apa yang dipertuturkan di dunia ini akan diadili di akhirat nanti. Setiap kenyataan yang keluar melalui televisyen, akhbar bahkan blog sekalipun direkod oleh malaikat-malaikat yang ditugaskan oleh Allah SWT untuk dibentangkan di hari yang kita tidak lagi mempunyai kuasa ke atasnya.

Firman Allah SWT:

يَوْمَ تَشْهَدُ عَلَيْهِمْ أَلْسِنَتُهُمْ وَأَيْدِيهِمْ وَأَرْجُلُهُم

بِمَا كَانُوا يَعْمَلُونَ

Yang bermaksud : Pada hari (ketika), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan. — Surah al-Nur, ayat 24

Hakikatnya saya sebenarnya diajak untuk menari dengan irama yang gendangnya dipalu oleh Umno. Saya diajak untuk turut sama mengutuk Lee Kuan Yew seperti pimpinan Umno. Padahal, apa yang berlaku di seberang sini jauh lebih dahsyat daripada apa yang dilakukan oleh Lee Kuan Yew.

Pertama saya ingin nyatakan kepada Tun Mahathir bahawa asas Islam tidak sama dengan nasionalisme. Di dalam ajaran nasionalisme, tidak pernah dinyatakan apakah tujuan hidup ini. Tidak pernah saya terdengar sepatah kata dari pimpinan Umno yang menghuraikan berkenaan tujuan hidup seorang manusia di muka bumi. Jikapun ada, hanya sebaris dua dari menteri yang dimanahkan menjaga hal ehwal agama. Adapun pemimpin utama Umno, tujuan hidup ini seolah-olah tidak menjadi agenda penting sehingga tidak pernah sedikitpun terkeluar isu ini dari bibir mereka.

Islam meletakkan bahawa tujuan hidup untuk mengabdikan diri kepada Allah SWT. Justeru, manusia dihidupkan untuk diuji oleh Allah SWT siapakah di kalangan mereka yang terbaik amalannya. Firman Allah SWT:

الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ

أَحْسَنُ عَمَلًا وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ

Yang bermaksud : Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) — untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amal dan aktivitinya ; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat) (Surah al-Mulk, ayat 2)

Apabila tujuan hidup untuk mengabdi kepada Allah SWT, dan hidup sendiri merupakan ujian untuk menguji siapakah yang beramal soleh, justeru manusia perlu bersyahadah dengan maksud sanggup menjadi saksi untuk menyatakan ketuhanan Allah SWT dan kenabian Nabi Muhammad SAW. Jika syahadah manusia pada lafaznya, maka syahadahnya pertubuhan ialah pada dasarnya. Ingin saya bertanya kepada Tun Mahathir, apakah dasar perjuangan Umno? Di celah manakah Umno meletakkan Islam setelah dasar kebangsaan dijadikan sebagai dasar perjuangannya? Dari sudut praktikalnya, adakah perjuangan Umno merupakan satu amal soleh? Adakah pada saat Umno yang menjadi tulang belakang kerajaan mengeluarkan lesen judi itu merupakan amal soleh? Adakah pada saat Umno menghapuskan tulisan Jawi pada tahun 1968 sehingga melahirkan generasi yang buta al-Quran itu merupakan amal soleh? Adakah pada waktu Tun Mahathir menarik balik peruntukan perkapita untuk sekolah agama rakyat itu merupakan amalan soleh?

Kedua, Tun Mahathir melabelkan saya dan PAS sendiri sebagai punca pecah belah orang Melayu. Barangkali kerana sayalah yang menyebabkan parti Umno diharamkan pada tahun 1987 yang membawa kepada penubuhan Semangat 46. Barangkali sayalah juga penyebabnya sehingga terpecat Timbalan Presiden Umno pada tahun 1999 yang membawa kepada penubuhan parti Keadilan dan kini dikenali sebagai Parti Keadilan Rakyat. Saya bimbang, Tun Mahathir sudah dijangkiti penyakit Melayu Mudah Lupa yang pernah disebutnya satu ketika dahulu.

Suka saya jelaskan. Islam meletakkan bahawa pecah belah ialah satu perkara yang pasti berlaku di kalangan masyarakat manusia. Allah SWT berfirman:

وَقُلْنَا اهْبِطُوا بَعْضُكُمْ لِبَعْضٍ عَدُوٌّ وَلَكُمْ فِي الأَرْضِ

مُسْتَقَرٌّ وَمَتَاعٌ إِلَى حِينٍ

Yang bermaksud: “..dan Kami berfirman: "Turunlah kamu! Sebahagian dari kamu menjadi musuh kepada sebahagian yang lain dan bagi kamu semua disediakan tempat kediaman di bumi, serta mendapat kesenangan hingga ke suatu masa (mati)". — (Surah al-Baqarah, ayat 36)

Perpecahan telah digazetkan oleh Allah SWT di dalam al-Quran lama sebelum PAS ditubuhkan lagi. Ia berlaku apabila ada yang memilih hidayah dan ada yang menolaknya. Nabi Muhammad SAW datang membawa hidayah daripada Allah SWT dan ditolak oleh kaum yang sebangsa dengannya. Utbah bin Rabiah yang mewakili gerakan nasionalis Quraisy pada zamannya, bangkit dengan tegar melabelkan bahawa Nabi Muhammad SAW sebagai pemecah belah dengan kata-katanya:

فرقت به جماعتهم!

Yang bermaksud: Dengan agama yang kamu bawa, kamu telah memecahbelahkan kesatuan mereka!

Adakah benar baginda merupakan pemecah belah? Tentu sekali tidak, tetapi itulah natijahnya apabila membawa kebenaran seperti yang dilakukan oleh Rasulullah SAW.

Dari zahirnya kelihatan Tun Mahathir sebagai seorang yang sangat cintakan perpaduan Melayu. Sedarkah Tun Mahathir bahawa Umnolah selama ini yang menzalimi orang-orang Melayu? Pada tahun 1961, siapakah yang menculik ADUN-ADUN PAS di Terengganu yang menyebabkan akhirnya kerajaan PAS pimpinan Allahyarham Daud Samad digulingkan dari pintu belakang? Di Kelantan, mereka juga menculik lima wakil rakyat PAS dengan tujuan menggulingkan kerajaan yang dipimpinan oleh Allahyarham Dato Asri Muda namun usaha mereka gagal. Ini boleh disahkan oleh bekas wakil rakyat Tanah Merah Timur yang masih hidup sekarang ini, Che Omar Mohamad yang turut menjadi mangsa. Siapakah yang bertanggungjawab melakukan perbuatan tidak demokratik ini kalau bukan Umno? Episod-episod kezaliman ini masih segar di ingatan pejuang-pejuang PAS. Bukan untuk menyemarak api permusuhan lama jauh sekali menyimpan dendam, tetapi sekadar untuk memperkukuhkan fakta sejarah buat generasi muda yang saya bimbang terbuai dengan dodoi Ketuanan Melayu yang ditaja oleh Umno.

Di zaman Tun Mahathir, siapakah yang bertanggungjawab melakukan persempadanan pilihanraya pada tahun 2003 yang menafikan pertambahan kerusi parlimen dari negeri yang majoritinya orang Melayu kalau bukan Umno di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang bertanggungjawab mengarahkan pembunuhan beramai-ramai Ibrahim Libya di Memali bersama pengikut-pengikutnya yang kesemuanya terdiri daripada orang Melayu tanpa sebarang sebab yang munasabah kalau bukan Umno di zaman Tun Mahathir? Siapakah yang memperkenalkan pengajian Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris yang kemudiannya ditolak sendiri oleh Umno kalau bukan Tun Mahathir?

Hari ini, Umno masih lagi menjuarai amalan tidak demokratik. Di Perak, mereka gulingkan kerajaan dari pintu belakang. Di Selangor, mereka melantik Setiausaha Kerajaan tanpa sedikitpun perbincangan dengan Menteri Besar. Peliknya, juara Ketuanan Melayu inilah pula yang menentang usul mengembalikan kuasa Sultan di Selangor. Tidak malukah mereka kepada DAP yang mereka dakwa sebagai parti cauvinis Cina? Di Kelantan, mereka nafikan royalti minyak serta menubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP). Jika begini, demokrasi pun tidak, federalism pun tidak, Islam jauh sekali!

Apa yang lebih penting, Islam tidak akan sempurna tanpa iman. Al-Quran sering menyebut Wahai orang-orang yang beriman tetapi al-Quran tidak menyebut Wahai orang-orang Islam. Ini kerana seorang yang mengerjakan rukun Islam sahaja belum layak dipanggil orang yang beriman jika hatinya tidak beriman dengan yakin kepada Allah SWT.

Jika Tun Mahathir berkata bukti Umno berjasa kepada Islam dengan membina masjid, maka Abdullah bin Ubay di zaman Rasulullah SAW lebih dahulu membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Dhirar. Jika Tun Mahathir menyatakan bahawa Umno berjasa kepada Islam dengan membina sekolah agama, maka di Thailand juga wujud sekolah-sekolah agama. Bahkan jika Tun Mahathir berkata bahawa jasa Umno ialah arak tidak dihidangkan di majlis rasmi kerajaan, maka apakah bezanya jika arak tetap diberikan lesen secara besar-besaran dan judi pula terus dinikmati sekalipun bertentangan dengan nilai-nilai Islam dan kemanusiaan. Pertanyaan saya pula kepada Tun Mahathir, sebutkan apakah yang saya lakukan di Kelantan yang bertentangan dengan Islam. Jika tidak ada, maka untuk apa kami dilawan?

Akhir kata, saya akui Tun Mahathir seorang yang bijak, dan alangkah baiknya kebijaksanaannya digunakan untuk Islam. Nasihat saya kepada Tun Mahathir, sebelum terlambat marilah sama-sama berfikir untuk menempuhi hari pengadilan yang dijanjikan oleh Allah SWT. Jika saya ditanya adakah saya telah mengajak Tun Mahathir dan rakan-rakan sealiran dengannya agar meninggalkan aliran nasionalis sekular dan menerima Islam yang syumul, saya Insya-Allah akan menjawab: اللهم قد بلغت (Ya Allah, aku telah menyampaikan.)

* Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat adalah Mentri Besar Kelantan dan Murshidul Am PAS.

Thursday, April 9, 2009

Surat TG Nik Aziz kepada YB Nga Kor Ming

http://misabah.blogspot.com/2009/04/surat-kepada-yb-nga-kor-ming-adun.html

13 Rabiul Akhir 1430

9 April 2009

YB Encik Nga Kor Ming
EXCO Kerajaan Negeri Perak
Pejabat EXCO Negeri Perak
30000 Ipoh
PERAK DARUL RIDZUAN.

Menemui YB Encik Nga dengan ucapan salam sejahtera


Yang Berhormat,

Alhamdulillah, dengan izin Allah, saya telah mengikuti isu di sekitar percubaan YB untuk mengenali Islam melalui pembacaan Ayat-Ayat Al-Quran dengan tekun. Saya juga terharu mendengar keluhan YB yang berbunyi “saya berasa amat kesal apabila masyarakat Tionghua yang cuba mengenali Islam dan Al-Quran melalui kitab berkenaan, tiba-tiba dihalang.”

Saya boleh memahami dan menyelami perasaan kecewa yang sedang melanda hati YB. Mudah-mudahan dengan sikap “tidak mesra Umno” dan pemimpin-pemimpin Umno tentang kecenderungan masyarakat Tionghua dan India yang sihat ini, ia akan meningkatkan lagi kesedaran Non-Islam untuk lebih mengkaji, mendalami dan mengadakan forum serta wacana mengenai Islam dengan cara yang lebih meluas.

Saya mempunyai sebuah impian. Dalam tempoh tidak berapa lama lagi mudah-mudahan akan muncul lebih ramai orang dari kalangan masyarakat Tionghua, India, Siam, Bajau dan Kadazan yang tampil menjadi Qari, Ustaz, Khatib dan Imam di seluruh negara. Kalau Jenghiz Khan yang mengetuai tentera Moghul menyerang dan memusnahkan hampir seluruh Kerajaan dan tamadun Islam di Kota Baghdad, tetapi sempat ditebus semula keagungan Islam melalui cucunya yang bernama Aurangzeb yang menegakkan empayar Islam di India kemudiannya. Maka saya mempunyai keyakinan yang kuat bahawa Islam akan kembali gemilang di negara kita melalui kaedah dan insiden yang hampir sama. Mudah-mudahan YB lah orangnya yang akan meletakkan batu asas pertama ke arah menyusun batu bata yang kukuh ini untuk terus bertumpang tindih.

Mari kita bina asas ini dengan mengatur langkah-langkah permulaan melalui seminar, muzakarah, muqabalah, dialog dan wacana. Tajuk-tajuk seperti “dimana tak kenanya Islam” atau “apa mesej al-Quran kepada orang bukan Islam” bolehlah difikirkan. Anggota panel boleh terdiri daripada tokoh-tokoh PAS, Umno, DAP, PKR dan pemimpin-pemimpin NGO, pensyarah serta pendakwah bebas. Ia boleh dijadikan sesi kuliah bersiri yang boleh dianjurkan di PWTC, di masjid-masjid, surau-surau, kuil-kuil dewan-dewan perhimpunan, di universiti-universiti, baik di IPTS atau IPTA.

Sekali lagi saya mengucapkan syukur kepada Allah S.W.T di atas kekuatan dan keberanian yang ada pada YB. Terus tekun dan beristiqamahlah dalam mengharungi ujian-ujian ini. Insya Allah saya seakan-akan sedang melihat sekerdip lilin yang bercahaya di hujung sana. Marilah kita sama-sama ke sana.


* MEMBANGUN BERSAMA ISLAM *


(TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT)
Menteri Besar Kelantan
Merangkap
Mursyidul Am PAS

Saturday, March 8, 2008

....

Gambar Munajat Perdana E-mail
Image
Anak-anak masa depan...



Image
Penuh pengharapan



Image
Tak cukup ruang..



Image
Melentur buluh



Image
Tiada kekuasaan melainkan kekuasaan Engkau



Image
Masya Allah...



Image
Sayap kiri perjuangan



Image
Putih itu suci...



Image
Hancurkan mereka ya ALLAH..



Image
Emm..



Image
Hanya Engkau tempat ku bermohon Ya Allah..



Image
Titisan pengharapan..

The Old Man....

tok guru nik aziz lagi ….

0111.jpg

024.jpg

033.jpg

043.jpg

Spiritual leader of Malaysia’s opposition Parti Islam se-Malaysia, Nik Aziz Nik Mat (R), is greeted with a kiss on the hand as he leaves a mosque after Friday prayers in Kota Bharu, in the opposition stronghold state of Kelantan March 7, 2008. REUTERS/Bazuki Muhammad (MALAYSIA)


Air Mata Perjuangan..

No2umno

Aku tidak pernah hairan kalau Amerika serang Iraq, Israel sedang Palestine. Yang aku hairan, kalau Islam serang Islam. Sukar benar untuk menegakkan walau negeri Islam. Perlu nya pengorbanan dan air mata sekadar mahu mengekalkan keislaman yang tulen.

018.jpg

062.jpg

053.jpg

019.jpg

Kini terserah kepada anda. Mahukan Islam terkorban dengan cita cita pembangunan atau akhirat jua hala tuju kita. Berfikir dengan waras.
Terima kaseh kepada Fotowarung kerana gambarnya yang menarik.

Friday, March 7, 2008

Huwa rajulun jahilun,

Air mata Tok Guru
bakaq a.k.a. ~penarik beca
Fri | Mar 07, 08 | 12:10:40 pm MYT

Sepanjang membuat liputan "Munajat Rakyat Kelantan Pertahankan Kerajaan Islam" di Stadium Sultan Muhammad IV, kepada saya, kemuncaknya ialah linangan air mata Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, Tok Guru yang dikasihi, ketika merayu dan meratapi pertolongan Allah Yang Maha Suci lagi Maha Tinggi.

Dada semakin sebak apabila Tok Guru berkali-kali menyapu air matanya sebaik sahaja mengakhiri doa dan munajat yang dipersembahkannya kepada Allah setulus hati, penuh rendah diri. Dalam hati, saya meraung, "Aduhai Tuhan, lihatlah hamba-Mu itu, Tok Guru kami. Pandanglah kami. Dikau Maha Mengetahui, kami di sini ya Allah! Adrikna!"

Ketika manakah Tok Guru begitu terharu, sebak, bergetar-getar dan tersekat-sekat suaranya? Bukan, bukan ketika beliau merayu kemenangan PAS.

Saya memang kutu yang jahil. Huwa rajulun jahilun, itulah yang selalu saya dengar tentang diri saya.

Saya tak tahu bahasa Arab. Saya bodoh. Tetapi sepatah dua bolehlah saya teka. Kepada 'alim ulamak yang bersama-sama bermunajat tadi, tolonglah betulkan saya kalau saya salah.

Kiamat

Bukan ketika merayu kejayaan pilihan raya, tetapi suara Tok Guru tersekat-sekat dan terdengar bersusah payah menahan sebak di dada ketika merayu belas kasihan Allah di Hari Kiamat kelak. Berulang-ulang dia merayu belas kasihan Tuhan Yang Maha Pengampun di Hari Kiamat kepada semua yang bersama-samanya, sama ada di dalam stadium tersebut atau yang menonton melalui Kelantan TV (sila klik).

Munajat rakyat Kelantan untuk mempertahankan kerajaan Islam sebenarnya bermula seawal jam 3.00 pagi tadi. Saya terlewat. Ada beberapa berita yang terpaksa disiarkan dahulu dalam Harakahdaily ini.

Paling akhir saya memuatnaikkan berita dalam laman ini ialah pada pukul 2.36 pagi tadi. Selepas menyelesaikan beberapa hal, barulah saya bertolak ke Stadium Sultan Muhammad IV.

Dalam perjalanan, berdasarkan pakaian mereka yang berada di dalam kereta, saya lihat begitu banyak kereta yang saya yakin sedang menuju ke tempat yang sama. Banyak juga yang mengibarkan bendera PAS.

Sebaik sahaja sampai di Wisma Persekutuan di Jalan Bayam, jalan mulai sesak. Tersekat-sekat. Lenguh juga kaki mengendalikan brek dan klac. Setelah agak lama bersopan di jalan raya di tengah-tengah kesesakan itu, saya akhirnya tak larat bersabar dan menyelit-nyelit menuju ke stadium. Mujur, dapat juga tempat meletak kereta.

Ketika menghampiri stadium, terdengar suara memohon doa kepada Allah yang sangat dikasihi. Seorang petugas memberitahu saya, Setiausaha Dewan Ulamak PAS Kelantan, Ustaz Abdullah Abdul Razak memimpin zikir istighfar itu.

Walaupun padang di stadium itu telah dipenuhi para jemaah, di mana kaum muslimat berada di sebelah kanan, kehadiran ahli-ahli dan para penyokong PAS untuk bersama-sama dalam munajat itu bagaikan tidak ada penghujungnya.

Doa Nabi Yunus

Saya lemah dalam bab mengira berapa banyak yang datang. Stadium penuh. Yang datang masih ramai lagi. Nampak berkemutih seluruh padang stadium dengan kopiah kaum muslimin dan telekung kaum muslimat. Agaklah sendiri.

Wartawan The Star, Shahanaaz Habib dan seorang rakannya ada di tangga stadium itu. Saya sempat menegur mereka. Intai-intailah The Star kalau-kalau Shahanaaz mencatat berapa jumlah yang hadir.

Tidak lama selepas itu, Tuan Guru Haji Hussain Lubok Tapah pula memimpin munajat rakyat Kelantan itu. Sebaik selelsai solat tahajjud, beliau mengajak para jemaah membaca tasbih Nabi Yunus 'a.s.. Ketika membaca "La ilaha illa Anta, SubhanaKa, inni kuntu minaz-zalimin" itu, hati saya terus teringat isteri saya di Kuala Lumpur. Minta maaf saya mencelah dengan hal sendiri. Jangan marah.

Isteri saya bolehlah saya dakwa mengamalkan doa Nabi Yunus itu. Hatta, nak cari parking pun dia akan membaca doa itu. Walaupun berdoa dengan doa Nabi Yunus, mungkin isteri saya itu pernah dikecewakan. Tetapi, saya tak ingat.

Bukan mengenai isteri saya sebenarnya. Tetapi, yang ingin saya nyatakan ialah betapa maqbulnya doa Nabi Yunus ketika terperangkap dalam perut ikan nun itu. Sebab itulah, ketika itu, hati saya merayu kepada Tuhan agar dimaqbulkan doa para jemaah yang hadir pada malam itu.

Ketika itu jugalah baru saya tahu ada siaran langsung. Terus saya muatnaikkan pengumuman bertajuk "Siaran langsung Munajat Rakyat Kelantan" dalam Harakahdaily ini. Saya harap bermanfaat.

Selepas itu dahagalah pulak. Saya ke gerai-gerai yang nampak bersambung dengan stadium itu. Sambil minum, saya SMS Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub. Puas saya mencari dia, tak nampak-nampak. Saya ajak dia minum kalau-kalau dia ada di situ.

"Aku pun munajat ni.....hang dok minum ja!" dia membalas SMS saya dengan gurauannya.

"Hebat jugak..." kata saya dalam hati. Jenuh saya mengintai-intai kalau-kalau Salahuddin ada di saf depan, di kalangan pimpinan. Tak nampak-nampak. Rupa-rupanya dia tersorok di antara ribuan rakyat yang bermunajat. Sahabat kita itu mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian yang sebelum ini diwakilinya. Mudah-mudahan pertolongan Allah sentiasa bersama-samanya.

Walaupun semua orang tahu Tok Guru terlalu letih berkempen sana-sini di musim pilihan raya ini, kira-kira jam 5.25 pagi akhirnya beliau sampai. Bergema seruan takbir. Jam 5.30 pagi solat hajat pun dimulakan. Solat diimamkan oleh Ustaz Muhammad Mustafa, calon PAS bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Demit.

Suasana hening dan hampir sepi ketika solat hajat itu. Setiap kali sujud, begitu lama.

Inilah PAS!

Ketika itu saya berjumpa dengan anak Tok Guru, Ustaz Nik Abduh yang baru sampai. "Iran tak sembahyang hajat ka?" dia bergurau dengan saya.

"Iran sembahyang. Tapi saya tak yakin seluar saya bersih nak sembahyang," kata saya kepadanya. Walaupun banyak pihak yang mahu Ketua Lujnah Tarbiyyah Dewan Pemuda PAS Pusat itu bertanding dalam pilihan raya kali ini, tetapi dia tidak bertanding sebab ayah dia kata, "dia muda lagi".

Namun begitu, Nik Abduh tak pernah absent dalam perjuangan. Tidak bertanding tidak bermakna cabut lari dan tidak buat kerja. Saya juga melihat kehadiran bekas-bekas Ketua Pemuda PAS Kelantan yang pernah menjadi wakil rakyat tetapi tidak dicalonkan kali ini. Saya bangga seorang diri di dalam hati, "inilah orang PAS".

Saya balik ke tempat saya tidur di belakang Hospital Pakar Perdana berdekatan stadium itu. Nasib baik dekat dengan stadium. Kalau tidak, lintang-pukang juga nak bertempur dengan masa. Lepas Subuh, saya ke stadium semula. Nak dengar tazkirah dan amanat Tok Guru.

Ketika saya masuk semula ke dalam stadium, saya lihat Tok Guru sedang menyampaikan tazkirah. Mengapa tazkirah? Mana taklimat politik atau motivasi berapi-api?

Saya teringat Imam Khomeini yang dikasihi. Beliau lebih banyak menekankan penyucian jiwa dan pengukuhan ruhani kepada pengikut-pengikutnya. Pengikut-pengikut yang diasuh serta dibentuk jiwa dan hati mereka itulah yang mencetuskan Revolusi Islam.

Selepas tazkirah itulah beliau mengajak para jemaah bermunajat. Walaupun agak panjang masa yang beliau manfaatkan untuk merintih dan merayu kepada Allah Yang Maha Berkuasa, semuanya bersemangat mengaminkan doa dan harapan Tok Guru.

Meresap ke hati

Apabila suara Tok Guru bergetar sayu dan jelas kedengaran begitu bersusah payah cuba menumpaskan sebak dan tangis untuk terus berdoa dengan jelas, kerlipan lampu-lampu kamera tak henti-henti melimpahi tubuh kecil Tok Guru. Sesekali saya dapat melihat pantulan manik-manik air mata dan raut wajah Tok Guru yang bersungguh-sungguh merayu pertolongan dan belas kasihan Allah. Suara yang datang dari hati terus meresap ke dalam hati. Tak tersekat sedikit pun.

Bukan sahaja ketika memberikan tazkirah, ketika menyampaikan amanat selepas itu pun, Tok Guru masih masih memberi peringatan tentang mati, tentang syafaat Nabi s.'a.w., kejayaan yang memestikan nafsu dan jiwa dibersihkan, taubat dan tugas kerajaan Islam.

Sehingga majlis berakhir kira-kira 8.20 pagi, yang lebih banyak diucapkan oleh Tok Guru ialah soal penyucian jiwa (tazkiyyatun-nafs).

Entah kenapa, ketika itu saya teringat kata-kata seorang sahabat dari Iran, "Sebenarnya kejayaan Revolusi Islam ini (disebabkan) tak sampai lima peratus usaha kami dan lebih 95 peratus lagi pertolongan Allah". Masya Allah, mati sehingga beribu-ribu orang diganasi tentera dan polis Shah, "tak sampai lima peratus usaha kami".

Saya benar-benar teringin hendak merasai pertolongan yang sama. Aduhai Allah, saya jahat. Tetapi untuk kesekian kalinya, tolonglah berbelas-kasihan kepada saya, sudilah "memberi muka" kepada saya dan maqbulkan harapan saya: Limpahkanlah pertolongan-Mu sebanyak-banyaknya, walaupun mungkin tak sampai satu peratus usaha kami.

Aduhai Allah, keringat telah diperah, rayuan dan rintihan telah dipersembah, air mata Tok Guru masih tumpah, adakah kami menang atau kalah?

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan sesungguhnya Dia mengetahui orang- orang yang dusta.” (Surah al-Ankabut, ayat 2-3)