Friday, April 13, 2018

PRU 14 - Jika Sebahgian Ustaz PAS Adalah Pejuang Bid'ah, Ust Nasaie Hanaffie

Kredit kepada Ustaz Nasaie Hanaffie
Jika sebahagian ustaz PAS adalah pejuang bid'ah, ustaz goreng tanpa sumber rujukan dalam ceramah=maka dijadikan sebab untuk tolak ustaz tersebut dan partinya dalam PRU akan datang...
Maka, saya memohon para ustaz sunnah yang benar manhajnya, yang bukan ahli bid'ad, yang sahih rujukannya, agar masuk bertanding bagi PH atau BN.
Kalau sebab kekurangan ustaz PAS tersebut untuk tidak memangkah mereka dan parti mereka dalam PRU, masih ramai lagi masyarakat yang tidak akan memangkah PH atas dasar agama!
Cara yang terbaik ialah: Berkempenlah guna manifesto masing-masing. Buat yang terbaik mengikut apa yang anda ijtihadkan.
Kalau Ustaz Fawaz Mat Jan mengarut pada anda, Mahathir berjuta kali mengarut dalam bab agama ini. Anti Hadis, menafikan hudud yang qath'ie, musuh para ulamak semasa dia berkuasa, and the list goes on.
# saya bukan pro bid'ah dan 'mengarut' dalam agama.
# ustaz PAS perlu fikir panjang isu 'kelemahan' agamawan mereka dari sudut kekuatan ilmu dalam pengajian Islam.
Masyarakat hari ini masyarakat yang berfikir, mengkaji dan belajar.

No comments: