SELEPAS SOLAT TAHIATUL MASJID HARI JUMAAT, SEORANG JEMAAH LELAKI WARGA EMAS KENALAN LAMA SAYA DATANG BERSALAMAN DGN SAYA DAN KATANYA PADA SAYA " KITA SAYANG ENGKAU, ORG KAMPUNG KITA SUKA DGN ENGKAU, KITA HORMAT PADA ENGKAU, TAPI SAYANG..KITA ORG JOHOR SOKONG UMNO, KENAPA ENGKAU MESTI MASUK PAS??; SAYA TERSENYUM MENJAWAB, SAMBIL BERBISIK SAYA BERSUARA, KATA SAYA" TUAN HAJI IBARAT ARWAH AYAH SAYA, KITA SAYANG HAJI MACAM KITA SAYANG ARWAH ABAH, KITA SAYANG DAN HORMATI HAJI TIDAK PERNAH BERUBAH DAN KITA SANGAT MENYENANGI HAJI SEKELUARGA SERTA SEMUA ORANG KAMPUNG KITA DULU DAN SAMPAI BILA-BILA, INSYALLAH; TAPI KITA LEBIH TAKUTKAN ALLAH DARI SEGALA2NYA DAN SAYA SAYANGKAN IMAN DAN ISLAM LEBIH DARI DIRI SAYA SENDIRI'," TUAN HAJI TADI TERMENUNG SEJENAK KEMUDIAN AKUR LALU MEMBUAT TANDA BAGUS@ JEMPOL PADA SAYA DAN KAMI TERUSKAN DGN WIRID SAMBIL MENUNGGU AZAN JUMAAT. SEMUGA ALLAH MEMBERIKAN KITA HIDAYAT UNTUK TERUS MENYOKONG PERJUANGAN ISLAM
Friday, December 21, 2012
Monday, December 17, 2012
Tok.....
At 0901 17th Dec 2012
Daughter : 'Assalamu 'alaikum'
Father : 'Wa 'alaikum salam. Camner Aliah?'
Daughter : 'Dah selamat lahir dahhh.. '
Father : 'Alhamdulillah, Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Awk sehat?'
Daughter : 'Sehat in sya Allah'
Father : 'Baby?'
Daughter : 'Pun sehat in sya Allah..........'
Father : 'Alhamdulillah, Allahu Akhbar! Allahu Akhbar! Allahu Akhbar!'
hmmmm .tok , tok ki , grandpa, gramps....hmmmmm gramps sounded 'brutally' nice ......
Dalam kegembiraan menyambut, aku tekenang betapa ramai pula yg mati tak kira yg tua , muda ,kanak, atau bayi di Falastin, Syira Afghanistan, Pakistan.....terkedu jap
Wednesday, December 12, 2012
Dalam Musannaf Abi Syaibah.............
By DrMAZA.com
Dalam Musannaf Abi Syaibah riwayat yang menceritakan apabila dibawa kepada Saidina ‘Umar harta rampasan Maharaja Kisra Parsi yang begitu banyak dan menakjubkan, maka beliau pun menangis. Lalu ditanya kepadanya: “Apa yang membuatkan engkau menangis wahai Amirul Mukminin, padahal hari ini adalah hari kesyukuran, kegembiraan dan keseronokan”. Jawab ‘Umar: “Tiada kaum yang banyak pada mereka benda ini (harta) melainkan Allah campakkan di antara mereka permusuhan dan kebencian” (8/147).
Tuesday, December 11, 2012
'Engkau bohong!'
DrMAZA.com
Sabda Nabi s.a.w: “Orang yang awal dibicarakan pada Hari Kiamat seorang yang mati syahid. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah berperang keranaMU sehingga syahid”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau berperang supaya engkau dikatakan berani, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang lain yang mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia?” Dia menjawab: “Aku telah mempelajari ilmu, mengajarnya dan membaca al-Quran keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau belajar ilmu supaya engkau dikatakan alim dan engkau baca al-Quran supaya engkau dipanggil qari. Itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajahnya sehingga dihumbankan ke dalam neraka.
Datang pula seorang yang Allah luaskan rezekinya dan telah diberikan pelbagai jenis harta. Dia dibawa memperkenalkan diri. Allah bertanya: “Apakah yang telah engkau lakukan di dunia? Dia menjawab: “Aku tidak tinggal satu jalan pun yang Engkau suka untuk didermakan melainkan aku telah pun menderma padanya keranaMU”. Allah berkata: “Engkau bohong, sebaliknya engkau lakukan supaya engkau dikatakan pemurah, dan itu telah pun dikatakan padamu”. Lalu diperintahkan agar dia dihukum, diheret wajah sehingga dihumbankan ke dalam neraka. (riwayat Muslim).
1001 reasons to visit Palestne............
DrMAZA.com
...rakyat Malaysia kebelakangan ini ramai yang ke Palestin..ia baik untuk menunjukkan solidariti..tapi tidak kurang juga yang pergi tanpa satu misi yang khusus dan jelas..ada yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan peluang melancung..ada yang pergi nak dapat support politik sebelum pilihanraya..ada yang terpaksa pergi kerana dah buat kenyataan silap 'tiada jihad di Palestin' dan rakyat Palestin kena keluar dari tanahair mereka..mereka itu pergi dengan hebahan megah-megahan..ada yang pergi hendak melihat negara Israel yang mereka iktiraf sebagai tuan kepada rakyat Palestin..ada yang pergi mungkin nak melahirkan tidak puashati dengan HAMAS yang mereka anggap pemberontak dan ikhwani..ada yang ke Mesir sebelum Palestin kerana ingin melihat dan mengkritik kerajaan Morsi yang mereka benci sebab mereka dahulu penyokong regim Mubarak dan anti-tunjuk perasaan rakyat..apapun bagi Israel sesiapa yang pergi untuk berfatwa 'kamu rakyat Palestin wajib tinggalkan Palestin berhijrah keluar, amatlah dialu-alukan...Israel akan memberikan anugerah 'Bintang Memajukan Penempatan Zionis..semoga kita pergi dengan tujuan dan misi yang jelas..inshaAllah beberapa misi ke Ghaza akan turut berangkat..
Monday, December 10, 2012
4 nabi yg masih hidup....
Mengikut Dr Zahazan melalui Tafseerul Quran pada 10hb Dis 2012 jam 0630, 4 nabi yg masih hidup adalah:
a. Di Alam Barzakh - Nabi Idris, Nabi 'Isa.
b. Di Dunia - Nabi Ilias dan Nabi Khidzir.
Wallahu 'aklam
a. Di Alam Barzakh - Nabi Idris, Nabi 'Isa.
b. Di Dunia - Nabi Ilias dan Nabi Khidzir.
Wallahu 'aklam
Wednesday, December 5, 2012
"Mengislamkan orang itu suruhan Allah..."
Dipetik dari blog 'Sanggah Tok Sago"
PENJARA bukan penghalang untuk memperjuangan syiar Islam. Pengalaman mengislamkan seorang banduan amat menyentuh nurani Imam Hoslan Hussin ketika ditahan di Penjara Kajang. Beliau turut sama hiba menangis apabila mualaf yang menjadi makmum itu, diminta untuk membacakan doa selepas solat Isyak.
Doa dalam bahasa Cina yang diucapnya itu bermaksud, "Wahai Tuhan. Aku minta Engkau tunjukkan aku yang benar. Kau telah kurniakan aku petunjuk. Bukan Imam yang punya hal dan salah. Aku harap Tuhan faham hati aku. Engkau telah beri aku mimpi."
Sebelum Hoslan bersama-sama banduan mualaf dari Kuala Selangor itu dihantar ke Unit Kawalan Penjara (UKP) hingga dipindahkan ke dalam sebuah bilik kuarantin yang tidak selesa serba-serbi termasuk tiada kemudahan air, beliau telah mengislamkan individu itu atas kerelaannya sendiri. Namun, tindakan Hoslan itu telah dipersoalkan oleh pegawai penjara. Malah, ada seorang pegawai UKP mahu memukulnya hanya kerana Hoslan mengislamkan orang lain.
"Awak ni banduan. Mengapa awak Islamkan dia?" soalnya kepada Hoslan sambil menyatakan menjadi suatu kesalahan apabila seorang banduan mengislamkan banduan lain.
Lantas, Hoslan yang dijatuhkan hukuman penjara setahun atas kesalahan menghina mahkamah kerana melemparkan selipar ke arah tiga panel hakim pada 22 Februari itu menjawab; "Mengislamkan orang itu suruhan Allah. Dia itu (mualaf) dah lama nak masuk Islam tapi tiada seorang pun di sini (Penjara Kajang) yang dapat tunaikan hajatnya."
Mengimbas keinginan mualaf itu untuk memeluk Islam, Hoslan menyambutnya dengan penuh syukur dan linangan air mata. "Boleh. Tapi 'nombor badan' awak esok bagi pada pegawai. Saya ambil syahadah saja. Saya panggil semua 30 orang (banduan-banduan lain dalam bilik) itu jadi saksi. Saya kata kepada mereka, nama-nama Tuan semua akan tertera di Arasy kerana kita mengislamkan orang.
"Ini kerja agama. Allah Taala nak bagi pahala yang mudah sangat. Dengar sahaja," cerita Imam Hoslan lagi ketika krew Harakah menziari beliau di rumahnya, PPR Perkasa, Jalan Cochrane pada 22 Oktober lalu.
Menyentuh soal berdakwah kepada banduan bukan Islam, Hoslan menggunakan pendekatan dakwah yang mudah difahami apabila ada antara mereka yang datang bertemu dengannya meminta pandangan dan nasihat. "Hidup ini kena jaga hati dan jiwa. Kalau jaga hati dan jiwa, mak ayah kita pun suka. Anak kita pun akan suka. Kalau hati rosak. Kita jual dadah. Kita tidak hisap dadah tapi kita jual dadah. Siapa yang rosak. Kita telah rosakkan masyarakat. Duit yang kita dapat dulu pun hasil jual dadah sudah tidak ada. Kita buat lagi, buat lagi" ceritanya.
Imam Hoslan turut kecewa dengan pendekatan yang dilaksanakan dalam proses hukuman dan pendidikan yang tidak berlandaskan Islam terhadap banduan di penjara. "Majoriti dalam penjara itu orang Melayu Islam. Pihak penjara hanya beri makan, tidur, kawad. Itulah rutin untuk mereka. Tarbiyah roh tidak ada. Sifar walaupun ada program agama. Pemulihan kesedaran memang ada tapi tidak berkesan. Ada halaqah tapi programnya ibarat untuk budak-budak tadika punya kerja sahaja. Jangan tak ada (program)," ujarnya.
Hoslan juga menyebut tentang rasuah dalam penjara walaupun ada UKP. "Tidak habis (rasuah). 'Kapal' (bahan-bahan terlarang termasuk dadah) boleh masuk penjara. Mudah sangat. Saya nampak sendiri.
"Sebahagian banduan sudah beberapa kali keluar masuk sehingga ada yang lima, tujuh kali masuk penjara," ujarnya lagi.
Serentak itu juga, Hoslan turut menegaskan kerelevanan PAS dengan perjuangan Islam di tanahair ini. PAS ialah perjuangan yang mahu menegakkan Islam. Islam yang syumul untuk semua bangsa kalau kita faham. Tidak ada penerangan yang jelas tentang Islam untuk para banduan yang majoritinya Melayu itu, ujar Hoslan lagi.
Dalam pertemuan kira-kira jam 10 pagi itu, yang berlangsung selama 2 jam, Ketua Pengarang Harakah, Ahmad Lutfi Othman turut menyampaikan sumbangan daripada Harakah sebagai tanda ikatan ukhwah perjuangan.
"Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu"
A-li 'Imraan - ayat 119
"Awaslah! Kamu ini adalah orang-orang (yang melanggar larangan), kamu sahajalah yang suka (dan percayakan mereka, sedang mereka tidak suka kepada kamu. kamu juga beriman kepada segala Kitab Allah (sedang mereka tidak beriman kepada Al-Quran). Dan apabila mereka bertemu dengan kamu mereka berkata: "Kami beriman", tetapi apabila mereka berkumpul sesama sendiri, mereka menggigit hujung jari kerana geram marah (kepada kamu), katakanlah (wahai Muhammad): "Matilah kamu dengan kemarahan kamu itu". Sesungguhnya Allah sentiasa mengetahui akan segala (isi hati) yang ada di dalam dada."
'Kerana kebenaran itu satu...'
"Kamu tidak akan dapati selamanya pertembungan antara kebenaran dengan kebenaran kerana kebenaran itu satu. Dan tidak akan berpanjangan pertembungan antara kebenaran dan kebatilan kerana kebatilan itu selamanya akan hancur." ~ Al-Marhum Syeikh Mutawalli Sya'arawi
Tuesday, December 4, 2012
Sultan Abdul Hamid II
"Please advise Dr Hertzel (Zionist) not to make any serious move in this mater. I cannot give up even one small patch of land in Palestine. It is not something that I own as a part of my personal estate. Palestine in fact belongs to the Muslim Nation as a whole. My people have fought with their blood and sweat to protect this land,let the Jews keep their millions and once the Khilafah is torn apart one day, then they can take Palestine without a price,to have the scalpel cut my body is less painful than to witness Palestine being detached from the Khilafah state and this is not going to happen …" ~ Sultan Abdul Hamid II
Subscribe to:
Posts (Atom)






