Tuesday, November 23, 2010

Addinun Nasihah....

Nasihat dari sa orang ayah kepada anak ...

luas

semalam hari kesungulan gua. sekali lagi gua terkedu dan hampir tersungkur. gua merasakan satu kepedihan hidup yang amat menyakitkan. seringkali gua terhenti dan mengelamun.sekiranya ada yang terhenti dan kemudian ter'refleks' akan dirinya sebentar, gua rasa ianya sangat beruntung kerana tuhan masih lagi memberi peringatan.

gua suka. gua suka bila jadi macam ni. gua jadi lemah dan sentiasa mencari-cari orang yang baik untuk memberi nasihat. sepanjang hidup gua, gua bukan suka mengadu, tapi tak salahkan kalau gua suka bertanya. gua tertanya-tanya bagaimana manusia dan maksiat. gua sering lakukan maksiat dan kemudian bertaubat.kemudian maksiat balik dan kembali lagi bertaubat. "apa gua menganjing tuhan ke?" sentap hati gua. tu yang gua rasa serba salah, letih dan rimas.

lalu gua beranikan diri tanya-tanya manusia yang lebih bijak dari gua. yang lebih berpengalaman dari gua. apa punca. punca segala keluh kesah yang bertatang di dada. rahsia-rahsia penguat dan pembaikpulih jiwa yang rosak dan amalan yang korup.

gua cakap gua nak jadi baik. dia cakap "rahmat tuhan tu maha luas"
gua cakap gua nak jadi baik tapi banyak halangan. "biasalah tu"
gua cakap gua payah nak kawal diri. dia cakap "banyakkan sedekah, puasa sunat dan amalan-amalan sunat yang lain".
gua cakap gua sering buat dosa. dia cakap "kalau satu kaum tu berhenti buat dosa, dah tentu tuhan akan gantikan dengan satu kaum yang lain yang buat dosa dan kemudian bertaubat"
gua cakap gua buat dosa lagi dalampada nak bertaubat. dia cakap "biasalah tu"
gua mengeluh. dia kata "tuhan tak akan sia-siakan orang yang nak kembali pada-Nya".

dia cakap lagi "jangan sekali-kali putus asa dengan tuhan"

dada gua kembali normal dan gua sedut cukup-cukup.

syukran abah.

No comments: