Tuesday, November 23, 2010

Berkawan kerana Allah

Dari Nasbun Nurani

Rasulullah s.a.w bersabda: “Orang yang menyayangi satu sama lain semata-mata kerana Allah akan berada di atas kursi yang diperbuat dari yaqut (delima) di keliling arasy”

Orang Islam kena sayang antara satu sama lain. Menyayangi satu sama lain semata-mata kerana Allah ialah berkawan tanpa kepentingan peribadi (untuk mendapatkan sesuatu) atau kerana nafsu (contohnya sama-sama meminati perkara yang tidak baik seperti judi).

Rasululah saw yang bermaksud: “ Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “ Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Tuhan menghargai persahabatan yang tulus ikhlas kerananya dengan memberi tempat ‘special’ di akhirat iaitu di atas kursi yang diperbuat dari delima di keliling arasy. Arasy itu lebih tinggi dari syurga, ia seolah-olah bumbung syurga (tetapi bukan). Para malaikat juga beredar di sekeliling Arasy:-

Az-Zumar [75] Dan (pada hari itu) engkau akan melihat malaikat beredar di sekeliling Arasy dengan bertasbih memuji Tuhan mereka,

No comments: