Sunday, February 17, 2008

To my sons, daughters, nephews, nieces........n others

As I was reading the article by Permaidani, I suddenly remembered an email received thru PIBG-Hiraq Forum, reproduced below, word for word, dated 18th Nov 2006. Though it's two years old, i think it is still relevant:


Subject: [pibg-hira] Kongsi dilema cinta anak remaja
Salam semua,

Harap coretan di bawah menjadi iktibar bagi anak remaja
kita mengharungi hidup mereka yang kala ini ingin dicintai
dan mencari cinta ...

JANGAN TERTIPU DENGAN FITRAH CINTA

Sebuah kisah yang sy peroleh utk dikongsi bersama semua..

Salam untuk semua. Saya terkejut kerana cerita
saya, walaupun tergantung, mendapat sambutan
yang saya tidak sangka. Oleh kerana pada hari itu
saya tergesa-gesa dalam menulisnya lantaran
kelas yang menghambat, maka saya ambil
keputusan untuk menulisnya kembali dari mula.
Saya harap para pembaca yang sudi melihat tidak
bosan dengan cerita saya.

Wahai teman-teman sekalian,

Kisah ini datang dari lubuk hati saya sendiri, apa
yang saya rasa dan apa yang saya alami sendiri.
Saya tidak bermaksud untuk mengeluh apatah lagi
mengingkari apa yang telah Allah s.w.t tetapkan
kepada saya dan kita semua orang yang beriman
dengan-Nya. Kisah ini saya khabarkan agar apa
yang saya lalui tidak berlalu begitu saja tanpa
saya kongsi dan tanpa saya rekodkan sebagai
panduan bagi diri saya sendiri untuk hari-hari
kemudian.

Saya sama seperti orang lain, punya keinginan
untuk menyayangi dan disayangi. Walau
bagaimanapun, tidak mudah bagi saya untuk jatuh
hati pada seorang wanita. Saya tidak mencari
seorang wanita untuk dijadikan kekasih, tetapi
saya mencari seorang teman pendamping hidup
saya hingga ke akhir hayat saya. Seorang yang
boleh mengingatkan saya kiranya saya terlupa,
dan yang paling penting wanita yang amat saya
percayai untuk mendidik anak-anak saya kelak
dan generasi yang akan lahir daripada keluarga
kami nanti. Untuk itu, sejak di bangku sekolah lagi
saya telah letakkan beberapa syarat bagi seorang
wanita untuk hadir dalam hidup saya, dan dialah
orangnya.

Dalam masa beberapa bulan saya belajar di
sebuah pusat pengajian tinggi di Petaling Jaya,
banyak perkara yang telah saya pelajari. Yang
paling penting buat saya ialah, bagaimana saya
mula mengenali wanita-wanita dalam hidup saya
kerana saya sejak dari sekolah rendah belum
pernah bergaul secara langsung dengan seorang
wanita pun dan saya amat peka terhadap larangan
pergaulan antara lelaki dan wanita kerana saya
bersekolah di sebuah sekolah menengah agama
lelaki berasrama penuh. Lantaran itu, saya tidak
pernah punya hati untuk memberi cinta atau
menerima cinta walaupun peluang itu hadir
beberapa kali.
Saya mula mengenali si dia apabila kami sama-
sama terpilih untuk mengendalikan sebuah
organisasi penting di tempat kami belajar.
Ditakdirkan Allah s.w.t, dia menjadi pembantu
saya. Dari situlah perkenalan kami bermula.

Dia seperti yang telah saya ceritakan, bertudung
labuh dan sentiasa mengambil berat tentang
auratnya terutama stokin kaki dan tangannya.
Itulah perkara pertama yang membuatkan saya
tertarik padanya. Dia amat berhati-hati dalam
mengatur butir bicaranya, bersopan-santun dalam
mengatur langkahnya, wajah yang sentiasa berseri
dengan iman dan senyuman, dan tidak pernah ke
mana-mana tanpa berteman. Suaranya amat sukar
kedengaran dalam mesyuarat kerana dia hanya
bersuara ketika suaranya diperlukan dan tidak
sebelum itu. Saya melihat dia sebagai seorang
mukminah solehah yang amat menjaga
peribadinya dan maruah dirinya. Saya tidak pernah
bercakap-cakap dengannya kecuali dia punya
teman di sisi dan atas urusan rasmi tanpa
dipanjangkan-panjangkan. Saya seorang yang
amat kuat bersembang dan sentiasa punya modal
untuk berbual-bual seperti kata teman saya, tetapi
dengan dia saya menjadi amat pemalu dan amat
menjaga. Bagi saya, itulah wajah sebenar seorang
wanita solehah. Dia mampu mengingatkan orang
lain dengan hanya menjadi dirinya, tanpa perlu
berkata-kata walau sepatah.
Pada hari terakhir saya di sana, saya punya tugas
terakhir yang perlu saya selesaikan sebelum saya
melepaskan posisi saya dan semua itu melibatkan
dia. Sebaik sahaja semua kerja yang terbengkalai
itu siap, saya mengambil peluang untuk berbual-
bual dengan dia. Saya bertanya perihal keluarga
dan apa yang dia rasa bertugas di samping saya
untuk waktu yang amat sekejap itu. Alhamdulillah
dia memberikan respon yang baik dan dari situlah
saya mula mengenali dengan lebih dalam siapa
sebenarnya pembantu saya ini. Namun, apa yang
memang boleh saya nampak dengan jelas, dia
amat pemalu dan dia amat kekok semasa
bercakap dengan saya. Selepas itu barulah saya
tahu, sayalah lelaki pertama yang pernah berbual-
bual dengan dia bukan atas urusan rasmi
sebegitu. Di situlah saya mula menyimpan
perasaan, tapi tidak pernah saya zahirkan
sehinggalah saya berada jauh beribu batu
daripadanya.

Semasa saya berada di Jordan, saya
menghubunginya kembali dan menyatakan hasrat
saya secara halus agar dia tidak terkejut.
Alhamdulillah, dia menerima dengan baik dan
hubungan kami berjalan lancar selama empat
bulan sebelum saya balik bercuti ke Malaysia.
Kadang-kadang saya terlalai dalam menjaga
hubungan kami dan dialah yang mengingatkan.
Dialah yang meminta agar kami mengehadkan
mesej-mesej kami agar tidak terlalu kerap. Semua
itu menguatkan hubungan kami dan bagi saya
dialah teman hidup yang sempurna buat saya.
Walau bagaimanapun, sewaktu saya pulang ke
Malaysia bulan lepas, ummi dapat menghidu
perhubungan kami. Saya tahu ummi tidak berapa
suka anak-anaknya bercinta tetapi saya tidak
pernah menjangka ummi akan menghalangnya.
Tetapi perhitungan saya silap, amat silap.

Buat pertama kali, adik perempuan saya
memberitahu ummi sudah tahu perihal saya dan
ummi tidak suka. Saya tidak pernah
menganggapnya sesuatu yang serius sehinggalah
ummi bercakap secara peribadi dengan saya pada
satu hari. Saya masih ingat lagi kata-kata ummi
yang buat saya tak mampu membalas walau
sepatah.

"I haven't found any entry in Islam that permit what
you are doing right now. I haven't heard from
anyone that love before marriage is permitted. But I
know there's no relationship between male and
female except for what is very important and official
between them. So, may I know what kind of
relationship you are having now and I want to hear
it from your mouth that it is legal in what you have
been learning until now."

"Not a single phrase, nor a word."
"My sweetheart, if you want to build a family, a
faithful one, you can never build it on what Allah
has stated as wrong and proven false by the way
Rasulullah p.b.u.h has taught us. A happy and
blessed family come from Allah, and you don't
even have anything to defend it as blessed if the
first step you make is by stepping into what He
has prohibited. You can't have a happy family if
Allah doesn't help you so, and you must know in
every family that stands until their dying day, they
have Allah on their side. You can't expect Him to
help you if you did the wrong step from the very
beginning."

Saya tiada kata untuk membalas kerana
semuanya benar. Saya tahu kebenaran itu sudah
lama dulu, tetapi saya tak mampu untuk melawan
kehendak nafsu saya sendiri. Saya akui, saya
tertipu dengan apa yang dipanggil fitrah, dan apa
yang dipanggil sebagai keperluan manusia. Cinta
tak pernah membawa kita ke mana, andai cinta itu
bukan dalam lingkungan yang Allah redha. Tiada
cinta yang Allah benarkan kecuali selepas tali
perkahwinan mengikatnya. Itulah apa yang telah
saya pelajari lama dahulu dan dari semua kitab
Fiqh yang saya baca, tiada satu pun yang
menghalalkannya. Saya tahu kebenaran ini sudah
lama dahulu, tetapi saya tidak kuat untuk
menegakkannya. Saya tidak mampu untuk
menundukkan kemahuan hati saya. Dan kata-kata
ummi memberikan saya kekuatan untuk bangkit
kembali dari kesilapan saya selama ini.

Ummi berkata:
"It's not me who want you to make a decision like
this, but Allah tells you so."

Saya percaya, itulah yang terbaik buat saya dan
dia. Dengan kekuatan itulah saya terangkan
kepadanya, dan alhamdulillah dia faham. Amat
faham. Walaupun air matanya seakan air sungai
yang tidak berhenti mengalir, tetapi dia tahu itulah
yang terbaik buat kami. Dia meminta maaf kepada
ummi kerana menjalinkan hubungan yang tidak
sah dengan saya, tetapi ummi memberi isyarat,
janganlah bimbang. Andai ada jodoh kamu berdua,
insya-Allah, Dia akan temukan kamu dalam
keadaan yang jauh lebih baik dari sekarang.

Hidup saya sekarang lebih tenang kerana tiada
apa yang menggusarkan hati saya lagi. Hidup
saya lebih suci dan saya boleh bercakap kembali
tentang agama saya dengan lebih bebas tanpa
dihantui oleh perasaan berdosa. Bagi saya, dan
dia, inilah saat untuk kami muhasabah kembali diri
kami dan kami betulkan kembali segala kesilapan
yang telah kami buat. Inilah saat untuk kami kejar
kembali cita-cita kami dan sediakan diri untuk
menjadi seorang ibu dan ayah yang berakhlak
mulia dan berperibadi tinggi. Inilah masanya kami
insafi kembali keterlanjuran kami dahulu dan
memohon moga-moga Allah sudi maafkan kami
Sesungguhnya Ya Allah, aku insan yang sangat
lemah. Aku tidak mampu melawan godaan syaitan
yang tidak pernah jemu, juga hambatan nafsu
yang tidak pernah lesu. Ampunkanlah aku.

Walau bagaimanapun, perpisahan ini hanya untuk
sementara. Saya telah berjanji dengan diri saya
sendiri, dialah yang akan jadi teman hidup saya
nanti. Sesungguhnya pencarian saya untuk
seorang calon isteri telah berakhir. Insan seperti
dia hanya satu dalam seribu. Mana mungkin saya
melepaskan apa yang amat berharga yang pernah
hadir dalam hidup saya. Insya-Allah, sekiranya
Allah s.w.t panjangkan umur, sebaik sahaja saya
tamatkan pengajian saya di sini, saya akan
kembali ke Malaysia dan melamarnya untuk
menjadi permaisuri di hati saya. Insya-Allah, saya
akan setia menunggu saat itu, dan saya akan
berusaha sedaya-upaya saya untuk mengekalkan
kesetiaan saya.

"Sekiranya kita telah bertemu dengan seorang
insan yang amat mulia sebagai teman dalam hidup
kita, janganlah lepaskannya kerana kita tidak tahu
bilakah pula kita akan bertemu dengan insan yang
seumpamanya."

Siapakah lagi dalam dunia ini yang menjaga adab
berjalan antara lelaki dan perempuan sebagaimana
yang ditunjukkan oleh Nabi Musa a.s dan puteri
Nabi Syuaib a.s beribu-ribu tahun dahulu?

No comments: