Wednesday, February 20, 2008

Yeaaaayyy - Buses for Women only....





Got this from International Herald Tribune via Holding on to Cinder If this was to be implemented "Kelatte" it'll make a big bruhaha, just like the special lane separate cashier already implemented. But this is in Mexico, and to here their joy is so fullfilling..

Las mujeres sólo
¡Somos tan felices!
¡Porque tenemos nuestro propio autobús!
¡Y es para nosotros sólo!

Women only
We are so happy!
Because we have our own bus!
And it's for us only!

I think "Ayoh Zitt/Husae & da gae"(hee hee pardon if the slang didn't come out right, kelate is the LAST language i profess) should seriously look into this and be the first.

Perhaps Transit Aliran Ringan (LRT), RapidKL Sdn. Bhd. should now reconsider their stand as quoted by Bernama:


Pengendali: Tiada cadangan asingkan penumpang LRT ikut jantina

KUALA LUMPUR 10 April – Syarikat pengendali sistem Transit Aliran Ringan (LRT), RapidKL Sdn. Bhd. belum bercadang mengadakan tempat duduk berasingan bagi penumpang lelaki dan wanita seperti disarankan di Parlimen semalam.

Pengurus Besar Bahagian Komunikasi Korporat RapidKL Sdn. Bhd. Katherine Chew berkata, kebanyakan penumpang memilih LRT sedar bahawa mereka perlu bersesak khususnya pada waktu puncak.

“Ada juga pengguna yang datang secara berpasangan, jadi mustahil mereka duduk berasingan. Dan sehingga kini kami tidak pernah menerima sebarang aduan berkenaan ketidakselesaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Cadangan pengasingan tempat duduk itu dibuat Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) dan disokong penuh Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) di Dewan Rakyat atas alasan mengelak masalah ketidakselesaan penumpang khususnya pada waktu puncak.

Mohamad berkata, kesesakan secara tidak langsung boleh mengundang masalah gangguan seksual yang membabitkan maruah kaum wanita.

Selain itu, Katherine berkata, sekiranya terdapat penumpang yang menghadapi masalah seperti gangguan seksual mereka boleh terus mengadu kepada pegawai bertugas di setiap platform dan tindakan segera akan diambil.

“Kita dari semasa ke semasa akan menambah bilangan train bagi mengelak kesesakan. Sekarang ini penambahan train hanya dilakukan pada waktu puncak di stesen Ampang dan Seri Petaling setiap lima minit manakala stesen Kelana Jaya setiap tiga minit,” katanya.

Perkhidmatan LRT dan monorel semakin mendapat sambutan. Pada tahun lepas perkhidmatan tersebut merekodkan 125.8 juta penumpang.

Daripada jumlah itu, sistem LRT-Putra mencatatkan jumlah purata harian penumpang seramai 160,000 atau 56.7 juta orang setahun, manakala bagi sistem LRT-Star seramai 140,000 penumpang sehari atau 49.8 juta penumpang setahun.

Perkhidmatan KL Monorel pula mencatat sejumlah 50,000 penumpang sehari atau 19.3 juta setahun walaupun laluan monorel hanya sejauh 8.6 kilometer.

– Bernama

Now let me see if can impress Rapid KL to start with the "Wangsa Melawati/KLCC" route first. Y , sentimental reasons.... muakakakakaakakak (r) ..Cak!!!!

No comments: