Saturday, October 11, 2008

Sebulat pendapat 4 mazhab, doa yang sunat diangkat tangan ialah doa selepas sembahyang samada sembahyang fardhu atau sunat. Seperti dalam satu hadis dalam kitab Tirmizi, lebih kurang maksudnya:-

Kalau kamu sudah (selesai) sembahyang, hendaklah kamu berdoa kepada Allah dengan mengangkat kedua tangan kamu bertentangan muka kamu dengan khusyuk dan tawaduk (merendahkan diri). Kalau kamu tak buat begitu sembahyang kamu tidak sempurna.

Manakala doa yang boleh dibaca sambil berjalan tidak sunat mengangkat tangan seperti doa masuk atau keluar tandas, doa selepas azan, doa selepas wuduk, juga doa khatib dalam khutbah jumaat. Cukup sekadar membaca doa itu atau mengaminkan doa yang dibaca.

Mufti Johor juga pernah menulis tentang perkara ini dalam akhbar 16 tahun lalu.

Ini kerana nabi s.a.w tidak menyuruh mengangkat tangan dan baginda sendiri tidak mengangkat tangan semasa doa-doa tersebut dibaca berdasarkan hadith-hadith baginda. Jika sekiranya perbuatan baginda salah maka sudah tentu Allah akan menegur baginda melalui Malaikat Jibril.

Tidak sabit dari mana-mana hadith walaupun hadith daif sekalipun yang menyuruh mengangkat tangan semasa berdoa selain selepas sembahyang.

No comments: