Wednesday, March 5, 2008

Gelaboh puyoh dokkk....ho laaaaa

Tindakan SPR lambang BN mula cemas
M Khaleel Kas
Wed | Mar 05, 08 | 7:00:57 am MYT

KUALA LUMPUR, 5 Mac (Hrkh) - PAS meminta semua pihak agar bertenang dan tidak terjerumus dengan taktik dan provokasi pihak lawan dalam isu penggunaan dakwat yang cuba dipermainkan oleh Suruhanjaya Pilihan raya (SPR) kali ini.

ImageMenurut Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Pusat, Dato' Mustafa Ali, tindakan SPR dalam membatalkan penggunaan dakwat kekal seperti yang dipersetujui sebelum ini jelas menampakkan betapa BN kini mula cemas dalam menghadapi pilihan raya kali ini.

Tambahnya, PAS yakin gabungan pembangkang akan mencipta sejarah baru dalam arena politik negara dengan menafikan majoriti dua pertiga yang dimiliki BN di Parlimen.

Berikutan itu, katanya semua jentera PAS dan pembangkang diminta bertenang dan jangan masuk perangkap yang dipasang BN.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas langkah SPR menarik balik cadangan untuk menggunakan dakwat kekal bagi mengelakkan pengundian berganda dalam pilihan raya ini.

Menurutnya, PAS mengarahkan jentera pilihan rayanya agar terus bekerja untuk menghadapi pilihan raya ini dan jangan sekali-kali memboikotnya kerana tindakan itu bermakna memasuki perangkap yang sedang dipasang oleh BN sekarang ini.

"Tindakan SPR ini adalah satu lambang kecemasan BN dalam menghadapi pilihan raya kali ini selepas merasai kekalahan yang bakal menanti mereka. Oleh itu kita mesti teruskan sehingga hari mengundi dan jangan terperangkap dengan strategi mereka," katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau yakin, pilihan raya ini bakal menjadi sejarah kerana BN akan kehilangan dua pertiga majoritinya kali ini. Ia sedang dirasai oleh seluruh rakyat negara ini hatta di negeri-negeri yang tidak pernah dimenangi PAS sebelum ini.

"Oleh itu, mereka sengaja membuat provokasi supaya pembangkang melenting dan memboikot pilihan raya," kata beliau sambil mengakui memang ada cadangan dari kalangan PAS sendiri agar pilihan raya ini diboikot.

Sementara itu, Setiausaha Jabatan Pilihan Raya PAS Pusat, Wan Nik Yusuff ketika dihubungi menyatakan bahawa tindakan SPR ini sememangnya telah dapat dijangkakan dari awal lagi.

Katanya, BN sememangnya tidak akan bersetuju dengan langkah penggunaan dakwat ini.

"Apabila SPR membuat maklum balas bagi hak pembangkang, PAS sudah menjangkakan daripada awal, tidak mudah bagi BN untuk menerima. Sebelum ini, pelbagai alasan yang diberikan bahawa perkara ini sukar dilaksanakan termasuk dari segi syarak.

"Ini kerana, di sebalik pelaksanaan dakwat kekal ini akan mematikan beberapa strategi kotor BN,"jelasnya.

Tambahnya, tindakan SPR sebelum ini hanyalah sebagai menjaga 'mood' pembangkang dan pelbagai pihak yang turut meliputi NGO serta rakyat.

Pakatan pembangkang perlu memperolehi sekurang-kurangnya 74 kerusi Parlimen untuk menafikan majoriti 2/3 BN dalam pilihan raya kali ini. - mks.

No comments: