Sunday, August 17, 2008

Takkan Kot.........

Masa berjalan jalan di Kampus Uitm....


Pelajar UITM: Tengok ni

ARKIB : 06/06/2002 Kuota 10% muktamad - Aziz — Bukan bumiputera ke MRSM perancangan perkukuhkan integrasi kaum
Oleh: ZULKIFLI JALIL dan AKMAR HISHAM MOKHLES
KUALA LUMPUR 5 Jun - Keputusan memperuntukkan kuota 10 peratus kepada bukan bumiputera di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) dan Program Matrikulasi adalah muktamad demi perancangan jangka panjang bagi memperkukuhkan integrasi kaum.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Abdul Aziz Shamsuddin menegaskan, keputusan itu sama sekali tidak berniat untuk menjejaskan kepentingan pendidikan orang Melayu.

Sebaliknya, ia bertujuan murni untuk memupuk semangat kerjasama antara kaum yang menjadi kunci utama keamanan negara selama ini.

Sehubungan itu, beliau mahu 26 pertubuhan yang mewakili kepentingan orang Melayu yang mendesak kerajaan supaya menangguhkan peruntukan kuota 10 peratus dua program tersebut kepada bukan bumiputera, supaya melihat perkara itu secara positif tanpa melulu menentangnya.

“Kita jangan tutup pintu kepada orang lain kerana perbuatan sedemikian boleh menjurus kepada perasaan perkauman.

“Jika kita ada perasaan tertutup, akhirnya nanti kita akan menemui jalan buntu dengan tidak lagi mampu menjalin kerjasama antara kaum,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.

Beliau diminta mengulas permintaan 26 pertubuhan itu yang dicapai sebulat suara pada majlis dialog pendidikan anjuran Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) di Kolej Islam Antarabangsa di sini, semalam.

Selain GPMS, pertubuhan yang menyatakan pendirian tersebut ialah Persatuan Pelajar Lepasan MRSM (Ansara), Barisan Bertindak Melayu (BBM), Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM), Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya (PMIUM), Persatuan Intelek Melayu Malaysia dan Majlis Kebudayaan Melayu. Sambung disini..

No comments: